Apakah Insurans?
Insurans adalah pemindahan risiko oleh seseorang individu atau sesebuah
organisasi yang dikenali sebagai pemegang polisi kepada syarikat
insurans. Sebagai balasan, syarikat insurans menerima pembayaran dalam
bentuk premium. Sekiranya pemegang polisi menanggung kerugian, syarikat
insurans akan membayar pampasan terhadap kerugian atau kerosakan
tersebut.
Jenis Insurans.
Terdapat 2 jenis insurans, iaitu insurans hayat dan am:
- Insurans Hayat
- Menginsuranskan anda atau hayat anda terhadap sebarang musibah sehingga ke suatu amaun tertentu (amaun diinsuranskan)
- Tempoh perlindungan biasanya lebih dari setahun dan memerlukan
pembayaran premium secara berkala-bulanan, suku-tahunan atau tahunan.
- Risiko yang dilindungi:
- kematian dalam tempoh polisi
- pendapatan semasa persaraan
- penyakit
- hilang upaya
- Produk Utama:
- polisi seumur hidup
- polisi endowmen
- polisi bertempoh
- polisi berkaitan pelaburan
- polisi anuiti
- polisi perubatan dan kesihatan
- Insuran Am
- Menginsuranskan anda terhadap kerugian atau kerosakan selain daripada yang ditawarkan oleh perniagaan insurans haya
- Tempoh perlindungan selalunya setahun yang biasanya memerlukan pembayaran premium sekali gu
- Risiko yang dilindungi
- Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran ruma
- Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh and
- kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaa
- Produk utama
- polisi moto
- polisi kebakaran/empunya rumah/isi rumah
- polisi kemalangan diri
- polisi perubatan dan kesihatan
- polisi marin, udara dan transit
 |
| Sekiranya
pemegang polisi menanggung kerugian, syarikat insurans akan membayar
pampasan terhadap kerugian atau kerosakan tersebut |
Prinsip Asas Insurans
4 prinsip asas insurans adalah:
Indemniti
Hanya diguna pakai untuk kerosakan fizikal sesuatu harta benda
(contohnya, kerosakan ke atas bangunan atau kenderaan bermotor) di mana
kerugian tersebut boleh dinilai dari segi kewangan. Anda tidak bole
"mendapat keuntungan" daripada polisi insurans. Sekiranya anda mengalami
kerugian, syarikat insurans akan membayar atau meletakkan anda kepada
keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian.
Sumbangan
Adalah tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi
sesuatu harta. Sekiranya anda membeli lebih daripada satu polisi, anda
hanya boleh membuat satu tuntutan sahaja apabila berlaku kerugian atau
kerosakan terhadap harta tersebut. Amaun yang boleh dibayar tersebut
akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Walau
bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi sekiranya
anda ingin melindungi hayat anda.
Apakah Takaful?
Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Anda
mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman
penyertaan (tabarru'). Anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan
anda menjadi salah seorang peserta dengan bersetuju untuk saling
membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta
mengalami kerugian yang ditetapkan.
Perkongsian lebihan
- Satu ciri unik bagi pelan takaful adalah perkongsian lebihan dana
antara anda dengan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah
dipersetujui
- Lebihan tersebut diperoleh setelah ditolak belanja seperti tuntutan,takaful semula, rizab teknikal dan belanja pengurusan
- Anda layak berkongsi lebihan ini sekiranya anda tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh takaful
Majlis Pengawasan Syariah
Sebagai langkah memastikan pematuhan prinsip-prinsip Syariah:
- Pengendali-pengendali takaful dikehendaki menubuhkan Majlis
Pengawasan Syariah untuk memberi nasihat kepada pihak pengurusan dan
memastikan bahawa aktiviti-aktiviti mereka mematuhi prinsip-prinsip
Syariah
- Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan bagi Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan di Bank
- Negara Malaysia (BNM) untuk memberi nasihat kepada BNM tentang
aspek-aspek Syariah bagi operasi institusi perbankan Islam dan
pengendali-pengendali takaful serta produk dan perkhidmatan mereka.